Friday 14 September 2012

PAKAIAN YANG BARU DIBELI - Perlukah dibasuh dahulu atau terus dipakai ?

Adakah anda terus memakai pakaian yang baru dibeli tanpa membasuhnya dulu?

Bila membeli atau mencuba pakaian di pusat- pusat membeli-belah, saya terperasan bahawa ada sesetengah pakaian yang mempunyai tanda supaya 'basuh sebelum digunakan'. Perkara ini amat menarik perhatian saya dan saya ingin kongsikan maklumat yang saya perolehi buat rakan- rakan semua agar kita sentiasa berwaspada. Percayalah "Mencegah itu lebih baik dari mengubati".


Dahulu pakaian yang kita pakai dibuat daripada serat asli. Tetapi hari ini, pengeluar kain menggunakan bahan kimia sintetik untuk menghasilkan kain. Proses ini melibatkan meluntur, mewarna, mencetak, membuat saiz dan kemasan fabrik.Semuanya melibatkan bahan kimia.

Kain yang diproses menggunakan bahan kimia ini sebenarnya menyumbang kepada pendedahan kimia ke atas kulit kita tanpa kita sedari. Walaupun kesan sampingan terhadap kesihatan belum terbukti, tetapi memandangkan bahaya yang sering dikaitkan dengan penggunaan bahan kimia, maka adalah lebih baik kita sentiasa berhati- hati. Justeru itu, apa sahaja pakaian yang baru dibeli eloklah dibasuh dahulu sebelum digunakan.

Tahukah anda mengapa bahan kimia digunakan dalam menghasilkan kain?
  • Bahan kimia digunakan untuk memuat serat yang sesuai untuk memintal dan menenun.
  • Produk formaldehid sering digunakan untuk mencegah kecutan.
  • Pewarna petrokimia digunakan untuk warna.
  • Bahan kimia ditambah untuk menjadikan kain lembut, tidak berkedut, mencegah daripada terbakar, mencegah kulapuk dan kotoran.
Sebenarnya, kita perlu bimbang jika memakai pakaian baru yang tidak dibasuh terlebih dahulu. PERKARA DAN PENGETAHUAN YANG KITA PERLU TAHU TENTANG PAKAIAN;
  •  Bahan kimia yang biasa digunakan termasuklah sebatian organik mudah meruap (VOC) dan dioksin yang menghasilkan peluntur. VOC sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti sakit kepala, kerengsaan kerongkong dan hidung hinggalah kepada penyakit seperti kanser, kerosakkan buah pinggang, hati dan sistem saraf tunjang termasuk otak. Dioksin pula merupakan bahan kimia yang amat toksik dan sukar terurai yang boleh menyebabkan kanser.
  • Rayon dibuat daripada pulpa kayu yang dirawat dengan bahan kimia termasuk soda kaustik dan asid sulfurik. Soda kaustik ( natrium hidroksida) bahan kimia yang boleh kita temui dalam bahan pembersih ketuhar dan longkang dan ia juga digunakan sebagai penanggal cat. 
  • Industri tekstil merupakan satu industri yang paling banyak menggunakan bahan kimia. Ia dianggap industri paling berbahaya  kepada ekologi dunia. Ini adalah kerana industri ini menjana sejumlah sisa yang besar tenaga dan air. Ia merupakan pencemar air bersih nombor dua selepas pertanian.

1 comment: