Saturday 15 September 2012

Anak- Anak Kekuatan Kita

Coretan Kehidupan Oleh Rossalvia ( 15hb September 2012 )

 

Telatah anak- anak memang mencuit hati...melihat mereka membesar di depan mata kita adalah menjadi kebanggaan kita. 

Ragam anak- anak tersayang ketika melawat rumah terbalik di Tamparuli
Masing- masing dengan ragam dan telatah sendiri. Bila saya bercerita tentang gaya mereka semasa 'baby' dulu, semua akan berkumpul dan mendengar dengan penuh perhatian dan riuh rendah dengan gelak ketawa setelah selesai mendengar satu- satu cerita.Segala kepenatan kerja seharian hilang.




Sememangnya masa memang cepat berlalu. anak sulung saya da nak masuk 13 tahun. Anak ke-2 saya dah 10 tahun. Ke-3 sembilan tahun, ke-4 tujuh tahun dan yang bongsu dah 5 tahun. Semakin besar, semakin banyak perubahan dari segi kematangan dan semakin pandai menilai dan memberi pendapat. Inilah anak zaman teknologi moden.

Mengimbas kembali beberapa memori mencuit hati......



Anak saya yang ketiga, pulang ke sekolah dan memberitahu bahawa cikgunya hari- hari membawa anak ke sekolah. Tentunya saya sendiri juga musykil kerana bagaimana cikgu itu akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajarannya. Bila saya bertanya adakah anak cikgu itu duduk diam- diam semasa bersama ibunya. Dengan penuh keyakinan anak saya menjawab " cikgu tidak kasi keluar anak dia, cikgu bawa anak dia dalam perut saja "... hahahaha... rupanya cikgunya tu mengandung. Mestilah dia bawa perutnya yang sarat tu ke mana saja.


Anak ke-4 saya pernah bertanya " Mummy, orang utan tu orangkah ?"

Anak bongsu saya mempunyai kepakaran dalam mengubah lagu. Bila tak ingat lirik lagu maka dia akan nyanyi sebarangan lirik yang terlintas di fikirannya. Satu lagu yang sering dia nyanyikan adalah lagu 'anak kampung'. Lagu 'anak kampung' yang berbunyi " tiada kereta ku bawa kau jalan2, rumah pun tiada ada pun bapa punya "  akan bertukar menjadi " tiada kunci kereta, kunci rumah pun tiada " .....kami semua dalam rumah akan ketawa perlahan dan menahan gelak bila mendengarnya menyanyi sendirian dengan suara yang lantang.


Dalam gambar di atas, yang berdiri di depan sedang minum tu adalah anak saya yang bongsu Silvesrie Roveldo berumur 5 tahun dan di belakang adalah abangnya Silvester Rovaldo berumur 7 tahun. Yang adik nampak lebih besar dan yang abang orang akan sangka dia yang paling kecil.


                                



                                  Macam- macam gaya kalau bergambar






Untuk anak- anak saya..."Mummy sangat sayangkan kamu semua....."

No comments:

Post a Comment