Monday 10 September 2012

Penyakit TIBI : Dapatkan Pengesanan Awal

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYAKIT TIBI ?


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman TIBI ( Tubercle Bacilli ) yang biasanya menjangkiti paru - paru. Ia juga boleh menyerang bahagian- bahagian lain badan seperti ;
  •   Otak
  •   Tulang
  •   Kelenjar
  •   Kulit
  •   Buah pinggang   

 TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TIBI

 - batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
- kahak yang mengandungi darah
- demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
- susut berat badan dan hilang selera makan
- sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- mudah letih

CARA JANGKITAN


Kuman TIBI disebarkan melalui udara. PesakitTibi akan mengeluarkan kuman Tibi apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman TIBI.

  


No comments:

Post a Comment