Thursday 7 March 2013

Contoh KERTAS KERJA : Pertandingan 25 Hari Berat Badan Ideal Fasa 1

PERTANDINGAN 25 HARI
BERAT BADAN IDEAL FASA 1
 SEMPENA BULAN PUASA

19 HB JULAI – 13HB OGOS 2012
Anjuran Unit Penyakit Dan Farmasi
 KELAB DOKTOR MUDA
Sekolah Kebangsaan Inanam Dua


01.       PENDAHULUAN
Masalah berat badan yang berlebihan merupakan satu masalah yang membimbangkan rakyat Malaysia. Menurut sumber, Dr. Shaharuddin(2011) pakar perubatan dan endokrin menyatakan kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan. Justeru itu, menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur.

02.       RASIONAL
Guru- guru merupakan role model kepada murid- murid. Amalan gaya sihat di sekolah seharusnya dimulakan oleh warga pendidik agar menjadi ikutan kepada murid- murid secara tidak langsung. Oleh yang demikian, Pertandingan25 hari Berat Badan Ideal Fasa 1 ini diharap akan dapat membantu mendidik mengenai amalan gaya hidup sihat dengan melihat perubahan selepas pertandingan dan seterusnya untuk Pertandingan Berat Badan Ideal Fasa 2 yang mana akan disertai oleh murid- murid obesiti Sk Inanam Dua di bawah bimbingan pemenang- pemenang dari Pertandingan Fasa 1.

03.       MATLAMAT
Meningkatkan stamina dan kesihatan guru-guru Sk Inanam Dua dalam mengendalikan beban tugas sebagai pendidik yang semakin mencabar.

04.       OBJEKTIF
i.          meningkatkan kesihatan guru- guru.
ii.         menjadikan guru-guru sebagai ‘role model’ kepada murid-murid dalam amalan gaya hidup sihat.
iii.        mengelakkan obesiti di kalangan warga pendidik Sk Inanam Dua.

05.       SASARAN
Guru- Guru Sidang Pagi dan Petang
(diutamakan kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti)

06.       TEMA
‘Amalan Gaya Hidup Sihat ; Guru Model Murid ’

07.       TARIKH DAN TEMPOH PERTANDINGAN
19 Julai sehingga 13 Ogos 2012
Selama 25 hari di bulan puasa

08.       TEMPAT
            Sekolah Kebangsaan Inanam Dua, Kota Kinabalu

09.       SUMBER KEWANGAN
            Tiada sumber kewangan
            Hadiah berupa trofi akan dipohon dari Kelab Guru
            ( Rujuk Lampiran A )

10.       SENARAI JAWATANKUASA INDUK
            Rujuk Lampiran B


11.       SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA
            Rujuk Lampiran C


12.       PENUTUP
Diharap Pertandingan 25 Hari Berat Badan Ideal Fasa 1 ini akan dapat membantu warga pendidik Sk Inanam Dua dalam menjaga kesihatan dan seterusnya menjadi pembimbing kepada murid-murid obesiti dalam pertandingan Fasa 2.




No comments:

Post a Comment