Tuesday 11 September 2012

Pentingkah wang dalam perhubungan ?


Bila di tanya tentang kepentingan wang dalam perhubungan, ramai yang mengatakan ‘TIDAK’ dan ramai juga yang mengatakan ‘YA’. Bagaimana dengan anda ?

Bila poket berisi, hati pun seronok. Hendak ke mana- mana pun rasa lapang dada sahaja tanpa perlu risau apa- apa. Cuba bayangkan bila poket kering, mulalah moody dan masing- masing mula cepat naik angin.
Menurut kajian yang telah dijalankan (sumber dari Cosmopolitan September 2012 ), pasangan yang terlalu mementingkan wang dari segala-galanya mempunyai peratusan tinggi untuk berpisah. Memang benar zaman ini semua memerlukan wang. Bertambah stress bila si teman wanita atau isteri tidak mahu berkongsi kewangan. Bila nak berseronok, membeli-belah atau bercuti bersama adakalanya satu pihak sahaja yang menanggungnya. Lebih tertekan lagi apabila salah satu pihak suka mengawal perbelanjaan pihak yang satu walaupun berbelanja guna wang gaji sendiri.

Masalah kewangan dalam perhubungan sebenarnya boleh diselesaikan jika kita bijak mengawalnya. Disiplin yang tinggi dalam mengawal aliran keluar masuk duit amat penting jika mempunyai akaun bersama. Ia juga bergantung kepada pasangan masing- masing kerana menabung secara sihat memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jangan hanya seorang sahaja yang menyimpan manakala yang seorang lagi kerjanya asyik membelanjakan wang simpanan sahaja.

Jika kamu ada pasangan yang suka berbelanja besar, janganlah nak berleter panjang. Namun jika tahap pasangan tu boros melampau, kamu perlu ingatkannya agar berjimat cermat demi masa depan kalian nanti. Tetapi cara menasihat pun kenalah betul agar pasangan anda tak terasa kamu mengawal perbelanjaannya dan menyebabkan pergaduhan.

No comments:

Post a Comment