Pada suatu hari, seorang suami sudah tidak tahan dengan leteran si isteri. pagi, petang, siang dan malam asyik berleter. Tak taulah apa jenis bateri yang digunakan.
Si suami mengambil keputusan untuk meminta nasihat daripada kawannya.
Si suami : "ko tau tak camana bah mau bagi bini aku tak berleter ?"
Kawan: " senang ja bah tu, ko cari telaga lama, pastu ko masukkan dia dalam tu. "
Si suami : 'ok, terima kasih"
Apabila pulang ke rumah, si suami amat gembira sekali dan terus melaksanakan seperti yang dicadangkan oleh kawannya itu. Dia memasukkan isterinya yang kuat berleter itu ke dalam perigi lama yang letakknya di belakang rumah.Selepas itu si suami terus pulang ke rumah dengan rasa aman tenteram.
Tetapi setelah masuk hari ketiga, si suami mulai merindui isterinya itu.
Si suami mengambil keputusan untuk 'menjemput' isterinya pulang kembali. Sampai sahaja di muka perigi, si suami menjatuhkan tali yang diikat dengan sebatang kayu bagi memudahkan proses 'pengeluaran' si isteri.
Setelah beberapa minit, tali itu direntap, si suami amat gembira. ditariklah keluar isteri yang dicintainya itu.
Tetapi alangkah terkejut apabila mendapati si isteri bertukar wajah. rambut berserabut seperti tidak mandi bertahun. berjanggut dan berjambang. amat hodoh dan pelik.
Si suami tadi amat panik dan berfikir sejenak.
"Tak kan ni bini aku. baru tiga hari aku tinggalkan dah macam ni rupa dia? "
Si suami terus bertanya: " ko ni siapa bah ?"
Orang yang ditarik: " aku penunggu telaga ni"
Si suami: "kenapa ko yang naik? "
Orang yang ditarik : " aku tak tahan dengar isteri ko berleter dalam telaga ni, tu la aku naik !!!!!"
hahahhahaha.......lawak tak???
No comments:
Post a Comment