Oleh rossalvia
Kajian Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) di Sekolah Rendah
Kajian Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) di Sekolah Rendah
1.0 PENGENALAN
Rancangan
Kesihatan Sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan, malah ia
telah dimulakan sejak dari tahun 1967 lagi dengan objektif utamanya iaitu bagi
melahirkan pelajar- pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan
supaya Rancangan Kesihatan Sekolah diberi nafas baru dengan mewujudkan Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
Tujuan
Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) ini adalah untuk menyatupadukan dan
menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang dilaksanakan di sekolah adalah
Perkhidmatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
, Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah
kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas
kesihatan (sick-bay), mewujudkan
Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah
dan kempen cara hidup sihat. (Norazhan Che Lan, 2010 ).
Kajian ini akan mengupas tentang Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk membantu dan menaik taraf
pemakanan serta kesihatan pelajar di sekolah rendah. Kajian yang menyeluruh
berkaitan dengan RMT ini telah dibuat di salah sebuah sekolah rendah jenis
kebangsaan di Miri, Sarawak. Dalam
kajian ini, saya juga telah memilih beberapa orang murid di sekolah tersebut
yang terlibat dengan program RMT ini dan menilai sejauh mana keberkesanan
program ini dalam mempertingkatkan pencapaian akademik murid yang terlibat.
Selain
daripada itu, berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah dilakukan, saya juga
telah memberikan beberapa pandangan secara analitikal mengenai sejauh mana
keberkesanan dan kejayaan program RMT ini. Beberapa cadangan penambahbaikan
yang relevan dicadangkan bagi membantu kelancaran program RMT ini. Semoga perkongsian maklumat melalui tugasan
ini akan dapat memberi pengetahuan kepada semua.
2.0 Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Rendah
Rancangan
Makanan Tambahan atau lebih dikenali dengan RMT merupakan satu usaha murni
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatan pelajar- pelajar sekolah rendah. Rancangan ini
bertujuan untuk memberi makanan percuma kepada pelajar- pelajar sekolah rendah
terutamanya dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara
imbuhan. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan
Perubatan (IMR), rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas
ibu bapa dalam memberi makanan kepada anak- anak mereka tetapi ianya adalah
sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-
kanak tersebut. (http://ilmusvr:imr.gov.my
20 Ogos 2007).
Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) tidaklah bermaksud menggantikan rancangan makanan yang
disampaikan kepada seseorang murid sekolah oleh ibu bapa atau penjaganya. RMT
bermaksud untuk memberi makanan tambahan, iaitu ¼ - 1/3 daripada jumlah
keperluan harian bagi seorang murid sekolah rendah harian sepenuhnya. Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di sekolah adalah suatu usaha yang bersepadu dan selaras
dengan usaha- usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan (http://skklk.pkgklk.com-RMT)
2.1 Objektif
Program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah berdasarkan kepada beberapa objektif
iaitu;
- Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
- Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.
- Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.
- Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
- Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
(Norazhan Che Lan,
2010)
3.0
Hasil Kajian Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) Sekolah Rendah
Dalam
tugasan ini, saya telah memilih sekolah tempat saya mengajar sebagai kajian
menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini. Sekolah saya ini
merupakan sebuah sekolah yang terletak di bandar Kota Kinabalu, Sabah. Di sekolah ini menempatkan 1, 430 orang
pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Kajian
yang telah saya jalankan ini berdasarkan kepada fakta sebenar yang berlaku di
sekolah ini.
3.1 Pentadbiran
/ Organisasi RMT
3.2 Sumber
Kewangan
Peruntukkan
kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh
Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh
Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana
Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada
penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada
pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.
3.3 Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT
Di
sekolah saya, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses pemilihan
berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa/ penjaga
seseorang pelajar itu. Pelajar yang
layak dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada
PK Hem, wakil PIBG dan 3 guru RMT.
Kriteria
pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada;
a. Murid
yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.
b. Murid
daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.
c. Murid
yang rumahnya jauh dari sekolah.
3.4 Kaedah
dan pemilihan tender untuk RM
Pihak
sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan pengurusan RMT ini
kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan
kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.
3.5 Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan
Memandangkan
di sekolah ini, pihak kantin yang mengurus dan menyediakan makanan RMT, maka
pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak kantin sebulan
sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.
Berdasarkan
kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang murid, RM2.05
didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah hari
persekolahan pada bulan-bulan tersebut.
3.6
Kaedah pengagihan makanan kepada peserta
Pihak
kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di
sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi setiap murid RMT
mengikut kelas masing- masing. Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10
minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di
kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit sebelum loceng
rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin. Pekerja kantin akan yang
bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT murid tersebut sebelum
memberikan makanan RMT.
3.7 Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat
dengan RMT
Memandangkan pihak sekolah telah
memberikan kepercayaan kepada kantin sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini,
maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia
dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian
yang dijalankan, pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus
RMT ini berpakaian kemas warna putih dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan
kepada panduan pengurusan RMT yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3.8 Pemilihan bahan- bahan mentah
Mengikut
peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan barang-barang
makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran Malaysia,
2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri
daripada makanan yang ;
i. mengandungi zat makanan tertentu untuk
membina badan, memberi tenaga dan mencegah penyakit.
ii. segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak
busuk.
iii. mengenyangkan.
iv.
tidak mengandungi bahan kimia, pewarna
dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.
Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan
di atas, didapati menerusi kajian yang dijalankan pihak kantin sekolah telah
mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan dapat
memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak
mengandungi bahan kimia atau pewarna.
3.9
Menu makanan yang disediakan
Penyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal
Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu makanan yang seimbang untuk
dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada
perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin sekolah.
Berikut adalah menu RMT di sekolah ini ;
HARI
|
MENU
MAKANAN
|
ISNIN
|
1.
Bubur nasi
2.
Minuman – milo
3.
Buah – nenas
|
SELASA
|
1.
Mee goreng dengan sayur dan ayam
2.
Minuman – milo
3.
Buah – betik
|
RABU
|
1.
Roti- 2 keping + jem
2.
Minuman – milo
3.
Buah - tembikai
|
KHAMIS
|
1.
Nasi + ayam masak kicap + sayur
2.
Minuman – jus oren
3.
Buah - betik
|
JUMAAT
|
1.
Nasi kuning + telur + sayur
2.
Minuman – milo
3.
Buah - nenas
|
Berdasarkan menu makanan yang dipilih
dan disediakan oleh pihak kantin sekolah, makanan tersebut adalah seimbang dan
sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
3.10 Cara penyediaan makanan RMT
Pengurusan
dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh pihak
kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap
kebersihan, pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid.
Berdasarkan
tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula menyediakan makanan RMT pada
jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15
minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas
plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT
ini kelihatan terurus dengan sistematik.
4.0 Kajian
Keberkesanan Program RMT
Tujuan utama kajian ini
adalah untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Program RMT ini dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik murid yang terlibat. Pemilihan sampel
adalah berdasarkan kepada taraf sosio-ekonomi murid, kawasan tempat tinggal,
taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan adik-beradik.
Dalam kajian ini, saya
telah memilih seramai 10 orang murid secara rawak yang kini belajar di tahun 4 dan telah menerima Program RMT ini sejak dari
tahun 1 lagi. Murid- murid RMT yang terpilih ini adalah berdasarkan dari taraf
sosio-ekonomi yang pendapatan keluarga kurang daripada RM1, 000. Tempat tinggal
sampel kajian ini adalah kawasan pinggir bandar yang rata-ratanya tinggal di
flat kos rendah. Mereka juga mempunyai ibu bapa yang taraf pendidikannya hanya
tamat sekolah menengah rendah. Bilangan adik- beradik yang ramai iaitu melebihi
5 orang juga adalah kriteria sampel kajian saya.
Saya berminat untuk membuat kajian tentang RMT ini. Adakah kajian anda ini telah selesai?
ReplyDeleteSaya Dr. Norhayati Ali daripada UPSI.