Thursday 7 March 2013

MENYEDIAKAN KERTAS KERJA KOKURIKULUM

KERTAS KERJA merupakan cadangan dan perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebelum kita melaksanakan sesuatu aktiviti, jawatankuasa yang dipilih bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan kertas kerja atau perancangan bagi aktiviti yang akan diadakan. 

Perancangan tersebut termasuk perkara- perkara seperti bila, bagaimana, siapa dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan.  Beberapa perkara yang perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. Antaranya ialah ;

  • Pendahuluan
  • Objektif dan matlamat
  • Tema
  • Tarikh dan tempoh perlaksanaan
  • Tempat
  • Dif Perasmian
  • Bilangan peryertaan dan kategori
  • Bayaran
  • Syarat- syarat pernyertaan
  • Jawatankuasa kerja
  • Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan
  • Perbelanjaan
  • Pendapatan
  • Penutup
Walau bagaimanapun, kandungan kertas kerja seperti yang dicadangkan di atas boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kehendak sesuatu aktiviti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment